iklan

Rabu, 26 Oktober 2011

Bersungguh mencari keikhlasan mampu kikis perasaan riak






Assalamualaikum,hari ini saya ingin bercerita tentang riak dan cara hendak mengikisnya. Sebagaimana diketahui bahawa penyakit riak atau berbuat sesuatu kerana mengharapkan agar dilihat dan dipuji manusia, bukan mengharapkan keredaan Allah adalah penyakit berbahaya yang boleh menimpa sesiapa saja, sama ada di kalangan ulama mahupun orang awam. Riak adalah syirik kecil, tapi termasuk antara dosa besar. Seseorang yang melakukan kebaikan diiringi perasaan riak, maka amalan itu gugur dan tiada pahala, bahkan akan mendapat dosa akibat perbuatan riak itu.

Lawan riak adalah ikhlas. Betapa berat dan sukarnya ikhlas ini sehingga seorang ulama pernah berkata: "Aku tidak pernah susah payah melebihi kemampuanku untuk sentiasa ikhlas." Walaupun demikian, bukanlah bererti ikhlas itu tidak boleh dicapai. Ia boleh dicapai oleh mana-mana orang Islam yang mahu bersungguh-sungguh untuk mengikhlaskan niatnya. Dalam hal ini, ada beberapa perkara perlu diperhatikan agar dapat meraih keikhlasan berkenaan;
Pertama – memahami dan sentiasa berusaha mengingati kedudukan ikhlas bagi sahnya sesuatu amal. Tanpa keikhlasan, kebaikan yang diusahakan menjadi sia-sia. Perkara ini hendaklah diperhatikan ketika, sedang, bahkan sesudah melakukan kebaikan, lebih-lebih lagi berkaitan ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya.
Kedua – berusaha untuk sentiasa memahami serta mengingati besar dan bahayanya dosa riak. Riak juga sangat hampir dengan bangga pada diri sendiri (ujub) serta sombong dan kesombongan itu sangat dekat dengan kekufuran. Lihatlah iblis yang enggan sujud hormat kepada Nabi Adam, akhirnya kufur dan dimurkai Allah SWT. Dalam hadis sahih riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada rasa sombong walaupun sebesar zarah."
Ketiga – bergaul dengan rakan yang salih. Suasana dan kumpulan rakan yang baik akan mendorong seseorang melakukan kebaikan dan malu melakukan keburukan, kemungkaran serta maksiat. Selain itu, dia juga dapat belajar mengenai makna keikhlasan.
Keempat – keikhlasan itu hendaklah dilatih dan dibiasakan sebagaimana pepatah ‘alah bisa tegal biasa.’ Orang yang ikhlas dalam beramal, meskipun dalam keadaan sukar akan mendapat ketenteraman dan ketenangan hati. Mungkin dia tidak memperoleh tepuk tangan dan kekaguman orang lain, mungkin juga orang lain akan mencemuh dan meremehkan dirinya, namun kelazatan iman dan keikhlasan membuatkan hatinya tenteram sehingga iman makin kukuh dan yakin kepada Allah Rabbulalamin.
Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada syirik, kufur, sombong dan riak dalam segala macam bentuk. Semoga Allah SWT mengurniakan kita keikhlasan baik dalam bentuk lisan serta perbuatan. Amin

oh!tingalkan komen untuk persembahan saya ok

Korang menyampah tak kalau buka Adobe Reader lembab cam siput.. Mesti korang naik angin kan.? hehe..So pada kali ini saya akan kongsi dengan korang cara untuk buat Adobe Reader korang laju macam korang buka notepad. .korang xcaya?? mem pakak tengop..


Step 1 . Korang pergi ke tempat folder korang install contoh
 (C:\program file>adobe>acrobat>reader>..... dan lain2.>


Step 2. Korang cut fail dalam  folder "plugin" dan paste ke dalam "optional" directories(ingt cut bukan copy kah3..)


Step 3. Pastikan tutup Adobe kalau tidak korang tidak boleh cut fail tersebut.


Step 5. Sekarang korang open adobe dan rasakan seperti korang buka notepad.. :)


Apa2 masalah korang boleh tinggalkan komen k.

selamat mencuba.. dapat dari : tempat asal kaedah ni

Rabu, 19 Oktober 2011

apa korang rasa?

assalamualikum... apa perasaan korang jika hati dan perasaan korang disakiti?
peminat warna biru seperti aku selalu disakiti.. hari ni 21/11/1432 aku ada kem di ibai inn.. kem pengajian am dan bahasa melayu. stpm aku semakin cepat bergerak,tapi otak aku semakin pening.. huh... aku pun tak tahu kenapa.. tapi ada sekor beruk dalam kelas yang selalu buat aku sakit hati.. bleh dia sentuh kepala aku.. tak pa.. aku akan balas apa yang diaorang buat tu..aku akan balas. tetap balas supaya diaorang akan tahu sapa raja ungu..  kalau korang dalam keadaan aku apa korang akan buat.tolong bagi nasihat sikit dkat aku.. salam sejahtera

Isnin, 17 Oktober 2011

peminat warna biru

saya dapat ini daripada teman,tapi ini saya

memang tidak mudah membaca penminat warna biru.sekejap nampak lembut,sekejap nampak kaku dan tertutup,yang pasti mereka dikuasai emosinya.mereka mudah terharu bagi perkara yang diangap mudah bagi oarng lain.mereka mudah menangis dan gembira dalam hal yang menyentuh perasaanya.

tapi tidak ada yang membuat mereka tersinggung sekali,mereka sebetulnya seorang penyabar,tidak pendemdam walaupun hatinya sering luka atau dilukai.dia melihat dunia ini sebagai satu wilayah yang romantis sekaligus megandungi banyak masalah yang mampu melukai keadaan hatinya. ada masanya dia jatuh tersungkur dan mundur,tapi peminat warna biru biasanya tabah dan mencuba untuk bangkit dan berusaha untuk mencapai yang diinginkan.

berbeza dengan peminat warna lain,dia tidak menggebu-gebu.dia selalu tenang,sopan,tidak terlalu teruk dalam bersikap,tidak ekstrim dan menghidari pengunaan kalimah yang sinis,tajam atau kasar.dia suka berdamai dengan dunia,dengan alam semesta dan seluruh mahluk yang ada di dunia ini.dia ingin ramah dengan sapa jua

tapi yang ungulnya ialah dia selalu berusaha untuk rapi,berusaha untuk tampil sebaik-baiknya.tapi yng tidak seronaknya dia selalu ingin lebih baik dari orang lain tanpa harus mengangap orang lain sebagai sainganya yang harus disingkirkan.

Ada kalanya penyuka warna biru nampak loyo dan selalu hal ini berkaitan dengan emosi jiwanya. dia memang tidak biasa menerima situasi yang dirasakan atau yang orang lain rasakan kalau hal itu dianggapnya tidak adil.

Mereka yang menyukai warna biru yang gelap cenderung lebih suka menarik diri dan lebih mudah tersentuh perasaannya. Sebaliknya mereka yang menyukai warna biru yang cenderung lebih terang lebih periang dan boleh menerima segala sesuatu dengan lebih positif. Yang menyukai warna biru mencolok atau biru benhur, termasuk bukan dalam golongan penyuka warna biru kebanyakan. Ia amat ekstrovert, terbuka dengan emosinya. Dan emosinya itu mudah membara. dia memang berbeza dengan penyuka warna biru yang lain.

AKU PEMINAT WARNA BIRU

aku menyukai warna biru.aku anak dan cucu yang sulong bagi kedua-dua keluaga aku,Individu yang gemar warna biru tua dikatakan mempunyai sifat perasa yang agak kuat . Pun begitu individu ini sentiasa tenang, bijak dan tidak mudah tersinggung,Biru ialah warna yang merujuk kepada ketenangan dan kesempurnaan. Melihat warna biru boleh memberi kesan tenang kepada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan,Individu yang dikatakan gemar warna biru muda di katakann mempunyai sifat yang lebih keras berbanding perminat warna biru tua .Mereka bersifat keras kepala, suka bangga diri tetapi mereka berpendirian tetap.aku peminat warna biru tua.Warna Biru
Jika kamu menyukai warna biru, maka kamu termasuk dalam tipe pemurung, selalu menyenangkan dan selalu bertindak pasif dalam segala hal. Mendambakan ketenangan dan ketentraman. kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Demikian pula dalam bercinta karena kamu pintar dalam menyembunyikan perasaan.

 INI PERMINTAAN AKU UNTUK INDIVIDU YANG MENYUKAI WARNA INI. AKU HARAP KAMU AKN HUBUNGI AKU.AKU BERHARAP UNTUK MENUBUHKAN PERSATUAN UNTUK INDIVIDU MACAM KITA..

Sabtu, 15 Oktober 2011

beberapa hari lagi aku akan stpm dan aku akan tamat belajar.. aku nak kongsi sesuatu dengan pelajar stpm yang ambik pengajian perniagaan.. ni ada video pergajian perniagaan untuk korang..
aku harap ada pelajar stpm yang dapat gunakan dengan baik berbanding aku

Isnin, 10 Oktober 2011

aku raja ungu


assalamualaikum,nama saya raja ungu tapi saya bukan keturunan raja jauh sekali anak menteri, sya cuma peminat raja ungu iaitu raja perempuan kat patani satu ketika dahulu... saya meminatinya sebab baginda sangat pintar dalam mentabir kerajaannya dalam menentang arus serangan siam dujana yang menakluk tanah melayu..baginda telah mengunakan strategi yang baik dalam menglahkan siam,malah strategi yang digunakan baginda tidak penah digunakan sebelum ini dalam mana-mana tamadun dunia.